RESEPI CHOCO MOIST CAKE


Bahan-bahan


1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat


*masak cara double boiler sampai tiada gula yang berketul-ketul



1 1/2 cawan tepung gandum @ tepung kek

1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat


*ayakkan



3 biji telur (gred B)

1 tutup esen vanila


Cara-cara



* Pukul telur hingga kembang (bertukar menjadi warna putih).. masukkan esen vanila



* Tuangkan bahan koko tadi, mix sampai sebati (kaup balik pun boleh)



* Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit



* Kukus selama 45 minit dengan api sederhana (nak tutup loyang dengan foil aluminium pun boleh)



Topping/ganache



250ml whipping cream

300g coklat masakan
2 sudu besar butter
1 sudu besar minyak masak


Cara-cara



* Masak guna double boiler, sampai betul2 cair dan sebati semua bahan



* Ambil sedikit tuang diatas kek.. Masak baki ganache tadi sehingga pekat



* Apabila topping yang sedikit tadi sudah meresap ke dalam kek, tuangkan topping yang pekat tadi diatasnya.



siap!!



Nota kaki tangan : resepi ni pun korang boleh jadi kan sebagai kek lava..guna la bekas yang ada lubang tengah nya.. selamat mencuba


No comments: