Bahan - Bahan
1/2 kati beras
2 inc kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1/4 TSP serbuk kunyit
1 TBS minyak masak @ minyak sapi
1 labu bawang besar (dihiris)
Kismis
Bahan - Bahan Hiasan
Bawang goreng
Cara - Cara
Basuh beras dan toskan
Panaskan minyak dan tumis kan bawang, kulit kayu manis & bunga cengkih hingga naik bau
Masukkan serbuk kunyit dan beras kacau rata
Alihkan beras ke sebuah periuk, tuang air 3/4 lebih atas beras (korang boleh anggaran untuk nak nasi yang keras ke nak lembik ke.. Tapi nasi minyak ni cantik kalau yang sedang2..) & kismis
Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak gemburkan nasi dengan senduk supaya rata
Siap untuk dihidangkan
nota kaki : kalau korang nak kuning tu pekat warnanya lebihkan serbuk kunyit. Boleh jugak dihiasakan dengan daun ketumbar.. kalau korang nak terus tumis bahan-bahan dalam periuk nasi pun boleh jugak tak de masalah.
No comments:
Post a Comment