RESEPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI (NEGERI SEMBILAN STYLE)

gambar ehsan Mr.google

Bahan-bahan

1 kg udang
1 inci kunyit
2 batang serai
15 biji cili padi
1 biji nenas (yang kecil)
1 keping asam keping
1 kg santan
garam secukup rasa

Cara-cara

* Tumbuk cili padi, kunyit dan garam secukup rasa hingga lumat. Jangan lupa serai dititik sekali..

* Kopek kulit udang tinggalkan bahagian ekor sahaja.. Nenas potong saiz sederhana

* Masukkan nenas, cili yang telah ditumbuk, serai dan santan (tambah air sedikit) ke dalam kuali/ periuk

* Masakkan kuah sehingga mendidih (jangan lupa kacau sekali sekala supaya tidak pecah minyak)

* Setelah kuah mendidih masak masukkan udang.. Jangan terlalu lama.. Agak-agak udang sudah masak boleh la tutup api...


SIAP!!!

RESEPI TOMYAM ALA THAI

PIC EHSAN MR.GOOGLE



Bahan-bahan
perencah tomyam thai
5 biji bawang merah
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 s/b udang kering
5 helai daun limau purut
1 inci belacan ( yang telah dibakar)gula, garam & air asam jawa (secukup rasa)


Cara-cara


* Kisar semua bahan dengan sedikit air (kecuali air asam, garam & gula) Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau, selepas itu bolehlah masukkan garam, gula & air asam. Biarkan semua ramuan masak secukupnya hingga menjadi pes. Setelah siap sejukkan dan bolehlah simpan didalam peti sejuk...

Bahan-bahan

sup tomyam

ayam
sotong
udang
1 ulas bawang besar (dipotong enam)
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
1/2 batak lobak merah & bunga kobis
1 biji tomato
4 @ 5 helai daun limau purut
1 senduk perencah tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
3 sudu besar susu cair
cili padi
garam
daun ketumbar
air secukupnya

Cara-cara

* Rebus ayam anda yang telah dipotong tadi dengan air selama beberapa minit.

* Masukkan bawang besar, daun limau purut, cili padi, bawang putih, serai & lengkuas.

* Kemudian masukkan pes tomyam, sos ikan, jus limau nipis, garam mengikut citarasa.

* Setelah mendidih masukkan udang & sotong.. Agak sudah masak bolehlah ditutup apinya..

* Akhir sekali barulah masukkan susu cair & hiaskan dengan daun ketumbar..