Assalammualaikum..hai semua bertemu lagi.. Hari ni CB nak share resepi agar-agar gula melaka..resepi ni CB dapat dari buku resepi mama CB..kiranya macam buku hikmat macam tu, boleh jadi turun temurun.. Ok jom tengok resepi kat bawah.. (untuk resepi ni tak de pic lagi ye CB akan update secepat yang mungkin nanti)
Bahan - Bahan
Bahan A
10gram serbuk agar-agar
150gram gula melaka
1 TBS gula pasir
870ml air sejuk
Bahan B
10 gram serbuk agar-agar
150gram gula pasir
870ml santan
1 TSP garam
pewarna (optional)
*nak letak boleh tak nak letak pun boleh
Cara - cara
Masakkan bahan A & bahan B (masak secara asing ye jangan campur pulak) sehingga mendidih
Sesudah masak tu.. korang tuang dalam loyang dalam anggaran 200ml agar-agar A tadi dan biarkan sebentar sehingga ia hampir keras
Kemudian tuangkan agar-agar B dalam anggaran yang sama dan biarkan sebentar sehingga ia hampir keras
Ulang sehingga habis adunan
*Agar-agar yang hendak digunakan itu haruslah berada diatas api yang kecil supaya ia sentiasa cair
Setelah selesai melapis tunggu hingga ia sejuk barulah simpan didalam peti sejuk sebab agar-agar ini sedap dimakan ketika sejuk
*SELAMAT MENCUBA*
No comments:
Post a Comment