Bahan - Bahan
1ekor ayam
4oz halia muda
2 TBS kicap cair
2 TSP kicap pekat
2 TSP gula
2 TSP serbuk perasa
1 TBS sos tiram
1 TBS minyak bijan
1 1/2 cawan air rebusan daging
1/2 TBS tepung jagung
1/2 Cawan air
sedikit garam & lada sulah
Cara - Cara
Potong ayam jadikan ketul kecil ( jangan kecil sangat nanti hancur pulak)
Panaskan minyak bijan dalam kuali tumis halia (yang telah dihiris ye..jangan masuk seketul macam tu)
Agak dah naik bau masukkan ayam dan goreng hingga cukup masak
Masukkan kicap cair, kicap pekat, gula, serbuk perasa, sos tiram & air rebusan tadi
Biarkan mendidih perlahan selama 15-20 minit
bancuhkan tepung jagung dan air lalu tuangkan
Biarkan mendidih perlahan selama 1-2 minit
masukkan garam dan lada sulah mengikut rasa (sebelum tu rasa dulu ye nanti termasin pula)
Hidangkan
*SELAMAT MENCUBA*
No comments:
Post a Comment