Bahan-bahan
BAHAN A
240ml susu segar
2 sudu kecil cuka
4 sudu kecil pewarna merah
BAHAN B
250g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
(ayak semua bahan)
BAHAN C
150g mentega
250g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
3biji telur saiz A
BAHAN D
2 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara
* Campurkan mentega dan gula pukul hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu. Mix sebati
* Kemudian masukkan bahan A & B secara selang seli. Jika mulakan dengan bahan B, akhiri dengan bahan B juga. Kacau sebati jangan over beat
* Satukan bahan D dalam bekas, ia akan berbuih dan berbunyi, tunggu sehingga bunyi berhenti baru masukkan dalam adunan kek tadi. Kacau sebati
* Griskan loyang dan alaskan dengan kertas minyak. sesuai untuk loyang 8 inci
* Bakar pada suhu 160 selama 50 minit atau sampai masak, api atas bawah.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment