RESEPI NASI MINYAK

Ada tak sesiapa yang teringin makan nasi minyak?? Nak tunggu jemputan perkahwinan tak tau bila?? Atau dah bosan makan nasi putih je sekali sekala nak tukar selera.. Jom try masak nasi minyak :

Bahan - Bahan

1/2 kati beras
2 inc kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1/4 TSP serbuk kunyit
1 TBS minyak masak @ minyak sapi
1 labu bawang besar (dihiris)
Kismis

Bahan - Bahan Hiasan

Bawang goreng


Cara - Cara

Basuh beras dan toskan
Panaskan minyak dan tumis kan bawang, kulit kayu manis & bunga cengkih hingga naik bau
Masukkan serbuk kunyit dan beras kacau rata
Alihkan beras ke sebuah periuk, tuang air 3/4 lebih atas beras (korang boleh anggaran untuk nak nasi yang keras ke nak lembik ke.. Tapi nasi minyak ni cantik kalau yang sedang2..) & kismis
Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak gemburkan nasi dengan senduk supaya rata
Siap untuk dihidangkan


nota kaki : kalau korang nak kuning tu pekat warnanya lebihkan serbuk kunyit. Boleh jugak dihiasakan dengan daun ketumbar.. kalau korang nak terus tumis bahan-bahan dalam periuk nasi pun boleh jugak tak de masalah.


RESEPI KEK SPONGE KUKUS

Hai assalammualaikum... Hari ni CB nak ajar korang kek sponge kukus.. Resepi dari mana?? Dari buku hikmat mama CB.. Moist sikit dari yang bakar.. Jom tengok resepi kat bawah :

Bahan -  Bahan

2 Biji telur
7 oz Gula halus
10 oz tepung chiffon
1 TBS soda bikarbonat
6 oz susu
1 TSP baking powder
1 TSP essen rose
pewarna kuning & merah ( warna kisah pun x kisah)

Cara - Cara

Pukul telur dan gula sampai kembang
Masukkan susu & essen rose
Kemudian tuangkan dalam mangkuk gaulkan dengan bahan kering
Bahagi kan adunan kepada 2 bahagian (kalau pakai 2 warna)
Letak adunan selang seli dalam loyang
Masukkan kedalam kukus yang telah dipanaskan


* SELAMAT MENCUBA *

RESEPI AYAM MASAK HALIA

Ok hari ni CB nak share resepi lauk.. Macam biasa diambil dari buku hikmat mama CB.. Mari kita sama cuba ye.. (pic akan upload kemudian)

Bahan - Bahan

1ekor ayam
4oz halia muda
2 TBS kicap cair
2 TSP kicap pekat
2 TSP gula
2 TSP serbuk perasa
1 TBS sos tiram
1 TBS minyak bijan
1 1/2 cawan air rebusan daging
1/2 TBS tepung jagung
1/2 Cawan air
sedikit garam & lada sulah

Cara - Cara

Potong ayam jadikan ketul kecil ( jangan kecil sangat nanti hancur pulak)

Panaskan minyak bijan dalam kuali tumis halia (yang telah dihiris ye..jangan masuk seketul macam tu)

Agak dah naik bau masukkan ayam dan goreng hingga cukup masak

Masukkan kicap cair, kicap pekat, gula, serbuk perasa, sos tiram & air rebusan tadi

Biarkan mendidih perlahan selama 15-20 minit

bancuhkan tepung jagung dan air lalu tuangkan

Biarkan mendidih perlahan selama 1-2 minit

masukkan garam dan lada sulah mengikut rasa (sebelum tu rasa dulu ye nanti termasin pula)

Hidangkan


*SELAMAT MENCUBA*

RESEPI AGAR AGAR LAPIS GULA MELAKA

Assalammualaikum..hai semua bertemu lagi.. Hari ni CB nak share resepi agar-agar gula melaka..resepi ni CB dapat dari buku resepi mama CB..kiranya macam buku hikmat macam tu, boleh jadi turun temurun.. Ok jom tengok resepi kat bawah.. (untuk resepi ni tak de pic lagi ye CB akan update secepat yang mungkin nanti)


Bahan - Bahan

Bahan A

10gram serbuk agar-agar
150gram gula melaka
1 TBS gula pasir
870ml air sejuk

Bahan B

10 gram serbuk agar-agar
150gram gula pasir
870ml santan
1 TSP garam

pewarna (optional)
*nak letak boleh tak nak letak pun boleh

Cara - cara

Masakkan bahan A & bahan B (masak secara asing ye jangan campur pulak) sehingga mendidih

Sesudah masak tu.. korang tuang dalam loyang dalam anggaran 200ml agar-agar A tadi dan biarkan sebentar sehingga ia hampir keras

Kemudian tuangkan agar-agar B dalam anggaran yang sama dan biarkan sebentar sehingga ia hampir keras

Ulang sehingga habis adunan

*Agar-agar yang hendak digunakan itu haruslah berada diatas api yang kecil supaya ia sentiasa cair

Setelah selesai melapis tunggu hingga ia sejuk barulah simpan didalam peti sejuk sebab agar-agar ini sedap dimakan ketika sejuk


*SELAMAT MENCUBA*

RESEPI BISKUT UNTAIAN KASIH BY NORLY BAKERS

Picture credit Fauziah Samad


BAHAN ~ BAHAN

100G BUTTER
90G GULA HALUS
1 BIJI TELUR
2 CAWAN TEPUNG JAGUNG
1 CAWAN TEPUNG UBI
CER/COKLAT CIP UNTUK HIASAN

CARA~CARA

* KACAU GULA DAN BUTTER SEHINGGA SEBATI, MASUKAKN TELUR. KACAU LAGI SEKEJAP GUNA SENDUK KAYU JE
* MASUKKAN TEPUNG SIKIT-SIKIT. KALAU DOH KERAS TAMBAH BUTTER LAGI
* TAK BOLEH KACAU TERLEBIH LAMA ATAU DOH LEMBIK NANTI BISKUT AKAN MENGEMBANG
* BAKAR 15 MINIT 170'C

- NOZZLE BESAR UNTUK UNTAIAN KASIH -


SELAMAT MENCUBA 

RESEPI KEK RED VELVET BY NORLY BAKERS

Bahan-bahan

BAHAN A
240ml susu segar
2 sudu kecil cuka
4 sudu kecil pewarna merah

BAHAN B
250g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
(ayak semua bahan)

BAHAN C
150g mentega
250g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
3biji telur saiz A

BAHAN D
2 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-cara

* Campurkan mentega dan gula pukul hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu. Mix sebati

* Kemudian masukkan bahan A & B secara selang seli. Jika mulakan dengan bahan B, akhiri dengan bahan B juga. Kacau sebati jangan over beat

* Satukan bahan D dalam bekas, ia akan berbuih dan berbunyi, tunggu sehingga bunyi berhenti baru masukkan dalam adunan kek tadi. Kacau sebati

* Griskan loyang dan alaskan dengan kertas minyak. sesuai untuk loyang 8 inci

*  Bakar pada suhu 160 selama 50 minit atau sampai masak, api atas bawah.


SELAMAT MENCUBA

RESEPI MARBLE KEK BY NORLY BAKERS



Bahan-bahan

250gram mentega
250gram gula halus
250gram tepung naik sendiri
5  biji telur (gred B)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko (kalau nak warna warni pakai pewarna)
2 sudu besar air panas

Cara-cara

* Mix mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanilla

* Masuk telur satu persatu dalam mangkuk adunan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga rata

* Serduk koko dan air panas dibancuh sebati.

* Ambil adunan dalam 2 sudu besar dan campurkan dengan bancuhan koko tadi.

* Tuang adinan biasa kedalam loyang terlebih dahulu.

* Kemudian masuk adunan koko tu dan jadikan seperti marble

* Bakar pada suhu 180'c selama 1 jam



selamat mencuba..

RESEPI SERI AYU @ TIWUL AYU by ROSE RECIPE'S


BAHAN :

6 BIJI TELUR
3 CAWAN GULA
1 TBS OVELET
1 BIJI KELAPA PUTIH
3 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 CAWAN SANTAN
1 TSP PANDAN EMULCO
PEWARNA (JIKA PERLU)
3 TBS MINYAK
SECUBIT GARAM
1 TBS TEPUNG UBI


CARA :

* KELAPA PUTIH DIGAULKAN BERSAMA TEPUNG UBI DAN GARAM.

* SAPUKAN ACUAN DENGAN MINYAK UNTUK ELAK KUIH MELEKAT.

* PUKUL TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG (BERUBAH WARNA PUTIH)

* MASUKKAN OVELET DAN PUKUL LAGI

* KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN PANDAN EMULCO

* LEPAS SEBATI MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

* TUANGKAN KEDALAM ACUAN DAN KUKUS SELAMA 15 MINIT.

* PESANAN JANGAN KUKUS TERLALU LAMA NANTI KUIH AKAN KECUT BALIK.


RESEPI APAM PISANG GEBU



BAHAN :
250 GRAM TEPUNG GANDUM
1 1/2 TSP SODA BIKARBONAT
1 1/2 TSP BAKING POWDER
4 BIJI TELUR GRED B
230 GRAM GULA PASIR
1/4 TSP GARAM HALUS
300 GRAM PISANG 
230 GRAM MINYAK MASA
CARA :

BLENDKAN TELUR, GULA, GARAM

MASUKKAN  PISANG 

SALIN KE DALAM MANGKUK

MASUK KAN BAHAN KERING DAN KAUP BALIK

SAPUKAN ACUAN DENGAN MINYAK DAN TUANG 1/2 ACUAN

KUKUS SELAMA 15 MINIT

RESEPI SANDWICH TELUR

picca credit to mr.google

Bahan-bahan



Roti

3 biji telur rebus

3-4 sudu besar mayonese

sedikit pepper
Salad
Tomato



Cara-cara


-telur rebus dilenyek hancur & campurkan dengan mayonese & pepper. kacau rata.

-bolehlah dibuat sandwich.. dan hidang sebagai sarapan.. sedappp..

RESEPI CHOCO MOIST CAKE


Bahan-bahan


1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat


*masak cara double boiler sampai tiada gula yang berketul-ketul



1 1/2 cawan tepung gandum @ tepung kek

1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat


*ayakkan



3 biji telur (gred B)

1 tutup esen vanila


Cara-cara



* Pukul telur hingga kembang (bertukar menjadi warna putih).. masukkan esen vanila



* Tuangkan bahan koko tadi, mix sampai sebati (kaup balik pun boleh)



* Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit



* Kukus selama 45 minit dengan api sederhana (nak tutup loyang dengan foil aluminium pun boleh)



Topping/ganache



250ml whipping cream

300g coklat masakan
2 sudu besar butter
1 sudu besar minyak masak


Cara-cara



* Masak guna double boiler, sampai betul2 cair dan sebati semua bahan



* Ambil sedikit tuang diatas kek.. Masak baki ganache tadi sehingga pekat



* Apabila topping yang sedikit tadi sudah meresap ke dalam kek, tuangkan topping yang pekat tadi diatasnya.



siap!!



Nota kaki tangan : resepi ni pun korang boleh jadi kan sebagai kek lava..guna la bekas yang ada lubang tengah nya.. selamat mencuba