RESEPI NASI MINYAK

Ada tak sesiapa yang teringin makan nasi minyak?? Nak tunggu jemputan perkahwinan tak tau bila?? Atau dah bosan makan nasi putih je sekali sekala nak tukar selera.. Jom try masak nasi minyak :

Bahan - Bahan

1/2 kati beras
2 inc kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1/4 TSP serbuk kunyit
1 TBS minyak masak @ minyak sapi
1 labu bawang besar (dihiris)
Kismis

Bahan - Bahan Hiasan

Bawang goreng


Cara - Cara

Basuh beras dan toskan
Panaskan minyak dan tumis kan bawang, kulit kayu manis & bunga cengkih hingga naik bau
Masukkan serbuk kunyit dan beras kacau rata
Alihkan beras ke sebuah periuk, tuang air 3/4 lebih atas beras (korang boleh anggaran untuk nak nasi yang keras ke nak lembik ke.. Tapi nasi minyak ni cantik kalau yang sedang2..) & kismis
Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak gemburkan nasi dengan senduk supaya rata
Siap untuk dihidangkan


nota kaki : kalau korang nak kuning tu pekat warnanya lebihkan serbuk kunyit. Boleh jugak dihiasakan dengan daun ketumbar.. kalau korang nak terus tumis bahan-bahan dalam periuk nasi pun boleh jugak tak de masalah.