gambar ehsan Mr.google
Bahan-bahan
1 kg udang
1 inci kunyit
2 batang serai
15 biji cili padi
1 biji nenas (yang kecil)
1 keping asam keping
1 kg santan
garam secukup rasa
Cara-cara
* Tumbuk cili padi, kunyit dan garam secukup rasa hingga lumat. Jangan lupa serai dititik sekali..
* Kopek kulit udang tinggalkan bahagian ekor sahaja.. Nenas potong saiz sederhana
* Masukkan nenas, cili yang telah ditumbuk, serai dan santan (tambah air sedikit) ke dalam kuali/ periuk
* Masakkan kuah sehingga mendidih (jangan lupa kacau sekali sekala supaya tidak pecah minyak)
* Setelah kuah mendidih masak masukkan udang.. Jangan terlalu lama.. Agak-agak udang sudah masak boleh la tutup api...
SIAP!!!